Ahad, 17 Ogos 2008

Adakah kita terlupa?


Saudaraku muslimin dan muslimat.....
Terlupakah kita akan kejadian-kejadian besar yang menimpa manusia sejak akhir-akhir ini. Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana hingga hari ini kita masih diberi kesempatan untuk menyaksikannya. Kejadian tsunami disember 2004 dan terbaru gempa bumi di China....sepatutnya sudah boleh menyedarkan kita betapa berkuasanya Allah swt...Tiada kuasa dan teknologi manusia yang mampu menahan kehendak Allah swt.
Jika kita teliti kembali ayat-ayat Al-Quran banyak sekali menceritakan tentang pembalasan Allah dan hari kiamat, kenapa kita masih leka lagi? Marilah saudaraku sekalian kita perbanyakkan taubat kepada Allah swt sesungguh Allah menerima taubat hambanya selagi nyawa kita belum sampai ke tenggorok....ya Allah ampunilah daku, kedua orang tuaku, anak-isteriku dan seluruh umat muslimin sama ada yang masih hidup mahu pun yang telah mati.....amin.

Sabtu, 16 Ogos 2008

Mari fikirkan bersama......

Saudaraku muslimin dan muslimat......
Dalam catatan yang lepas saya cuba menyorot fikiran kita untuk memikirkan krisis umat pada hari ini iaitu krisis keyakinan terhadap agama Islam yang sebenar sebagaimana yang dibawa oleh Nabi saw. Persoalannya mengapa kehidupan yang kita jalani pada hari ini sudah menyimpang jauh dari kehidupan yang sepatutnya dilalui oleh seorang muslim sebenar?
Hari ini kehidupan beragama ini seolah-olah hanya di surau-surau dan masjid-masjid dan hanya dalam upacara-upacara tertentu sahaja. Bukankah Islam yang dibawa Nabi saw itu melengkapi seluruh aspek kehidupan manusia. bukankah semuanya telah diajarkan oleh Nabi saw kepada kita dari aspek ibadah, pemerintahan, ekonomi,perundangan, sosial malahan hingga kepada aspek rutin harian makan, minum, buang air, tidur dan sebagainya. Jika Islam yang dibawa Nabi saw masih belum lengkap sebagai pedoman untuk manusia menjalani kehidupan sudah tentu Nabi saw belum diwafatkan Allah kerana masih ada lagi aspek kehidupan manusia yang belum habis diajarkan.
Maka dengan itu saudaraku sekalian marilah kita muhasabah diri dan keluarga kita adakah seluruh kehidupan yang kita jalani kini mengikut acuan Islam? Ataupun kita sendiri pun tidak tahu kehidupan yang kita lalui kini mengikut Islam atau tidak. Saidina Ali kwh pernah berkata.."untuk berjaya dalam kehidupan dunia kena ada ilmu, untuk berjaya dalam kehidupan akhirat kena ada ilmu dan untuk berjaya dunia dan akhirat kena ada ilmu."
Dari itu saudaraku sekalian mari kita isi ruang masa kita untuk mencari ilmu agar seluruh kehidupan kita mengikut kehendah Allah swt insyaAllah.

Khamis, 14 Ogos 2008

Mari fikir-fikir....

Saudaraku muslimin dan muslimat......

Sebenarnya pada pandangan saya umat Islam pada hari ini telah dilanda satu krisis yang sangat besar tetapi seakan tidak menyedarinya...krisis keyakinan. Kita seolah sudah hilang pedoman dan arah tujuan. Kita hanya hidup berlandaskan keperluan kebendaan dengan memenuhi tuntutan hawa nafsu semata-mata.
Hari ini masyarakat Islam seolah tidak yakin lagi dengan kehidupan alam barzah, hari kiamat, padang mahsyar, hari hisab, titian sirat, pembalasan neraka dan syurga. Kehidupan masyarat Islam hari ini seolah-olahnya seperti tidak akan bertemu dengan kesemua itu sedangkan kesemua itu adalah perkara yang wajib diyakini sepertimana yang diceritakan di dalam Al-Quranul kareem. Perasaan takut akan siksa kubur, hari pembalasan dan neraka seolah-olah telah dicabut dari hati dan jiwa umat Islam hari ini....mengapakah ini yang terjadi kepada umat hari ini?
Kita perlu kembalikan keyakinan kita terhadap semua ini....demi menyelamatkan diri kita, keluarga dan masyarakat kita pada hari pertemuan yang paling suram nanti iaitu KIAMAT. Kita perlu mujahadah dalam mencapai tahap keyakinan "Haqqul-yakin" ini.
Marilah saudara sekalian....kembalilah kepada Allah dan Rasulnya....

Rabu, 13 Ogos 2008

Mari fikit-fikir...


Salam sejahtera buat saudaraku muslimin dan muslimat.....


Dalam menjalani kehidupan seharian kita terkadang banyak perkara penting dan utama yang kita pinggirkan dek kerana memenuhi keperluan kebendaan hari ini. Kalau kita susuri kembali perjalanan hidup kita hari ini....semalam....minggu lepas....bulan lepas....apakah hasil yang kita perolehi dari kerja kuat, pengorbanan dan masa yang kita habiskan? Adakah kita sudah berpuas hati dengan apa yang kita perolehi hari ini. Atau masihkah banyak tuntutan-tuntutan kebendaan, pangkat dan jawatan atau penghormatan manusia yang masih belum memenuhi ruang hati kita? Andaikan kesemua ini telah kita penuhi kini, agak-agaknya berapa lama kita akan menikmati hasil kerja kuat kita itu? Dan selepas itu apakah yang akan terjadi kepada kita? Kerana sesungguhnya......maut itu benar!

Marilah saudara-saudaraku sekalian, kita fikir-fikirkan...kerana maut sebenarnya adalah permulaan satu perjalanan yang panjang yang tidak berkesudahan. Selamatkah kita nanti? Amankah kita nanti? Bahagiakah kita nanti? Atau adakah selama ini kita terlupa untuk memikirkan dan mengusakan agar kita beroleh selamat, aman dan bahagia dalam kehidupan yang tiada lagi akan bertemu dengan maut.

Isnin, 11 Ogos 2008

Luangkan 5 minit anda......

Buat saudaraku muslimin dan muslimat.........

Terlebih dahulu ingin saya memohon maaf andai ada bicara yang bakal menyinggung perasaan sesiapa, tiada niat langsung untuk ke arah itu. Nawaitu yang sebenarnya adalah untuk memberikan kesedaran buat diri saya sendiri dan ruang untuk bertukar idea agar boleh saya kutip buat bekalan di akhirat kelak insyaAllah.

Untuk apa sebenarnya hidup di dunia ini? Cuba kita luangkaqn masa 5 minit kita untuk mengenang kembali kehidupan yang telah kita tempuhi dari zaman bayi kita lagi hingga ke saat ini. Adakah kehidupan yang kita jalani mengikut apa yang kita rancangkan? Atau kita jadi mengikut acuan ibubapa kita? Atau adakah terlalu banyak perkara-perkara yang tidak kita rancang telah mengambil tempat dalam sejarah hidup kita ini? Siapakah sebenarnya perancang utama dalam kehidupan kita sebenarnya. Marilah saudaraku.....kita fikir-fikirkan....walau siapapun kita hari ini...kemanakah kesudahannya.