Sabtu, 16 Ogos 2008

Mari fikirkan bersama......

Saudaraku muslimin dan muslimat......
Dalam catatan yang lepas saya cuba menyorot fikiran kita untuk memikirkan krisis umat pada hari ini iaitu krisis keyakinan terhadap agama Islam yang sebenar sebagaimana yang dibawa oleh Nabi saw. Persoalannya mengapa kehidupan yang kita jalani pada hari ini sudah menyimpang jauh dari kehidupan yang sepatutnya dilalui oleh seorang muslim sebenar?
Hari ini kehidupan beragama ini seolah-olah hanya di surau-surau dan masjid-masjid dan hanya dalam upacara-upacara tertentu sahaja. Bukankah Islam yang dibawa Nabi saw itu melengkapi seluruh aspek kehidupan manusia. bukankah semuanya telah diajarkan oleh Nabi saw kepada kita dari aspek ibadah, pemerintahan, ekonomi,perundangan, sosial malahan hingga kepada aspek rutin harian makan, minum, buang air, tidur dan sebagainya. Jika Islam yang dibawa Nabi saw masih belum lengkap sebagai pedoman untuk manusia menjalani kehidupan sudah tentu Nabi saw belum diwafatkan Allah kerana masih ada lagi aspek kehidupan manusia yang belum habis diajarkan.
Maka dengan itu saudaraku sekalian marilah kita muhasabah diri dan keluarga kita adakah seluruh kehidupan yang kita jalani kini mengikut acuan Islam? Ataupun kita sendiri pun tidak tahu kehidupan yang kita lalui kini mengikut Islam atau tidak. Saidina Ali kwh pernah berkata.."untuk berjaya dalam kehidupan dunia kena ada ilmu, untuk berjaya dalam kehidupan akhirat kena ada ilmu dan untuk berjaya dunia dan akhirat kena ada ilmu."
Dari itu saudaraku sekalian mari kita isi ruang masa kita untuk mencari ilmu agar seluruh kehidupan kita mengikut kehendah Allah swt insyaAllah.

Tiada ulasan: