Buat saudaraku muslimin dan muslimat.........
Terlebih dahulu ingin saya memohon maaf andai ada bicara yang bakal menyinggung perasaan sesiapa, tiada niat langsung untuk ke arah itu. Nawaitu yang sebenarnya adalah untuk memberikan kesedaran buat diri saya sendiri dan ruang untuk bertukar idea agar boleh saya kutip buat bekalan di akhirat kelak insyaAllah.
Untuk apa sebenarnya hidup di dunia ini? Cuba kita luangkaqn masa 5 minit kita untuk mengenang kembali kehidupan yang telah kita tempuhi dari zaman bayi kita lagi hingga ke saat ini. Adakah kehidupan yang kita jalani mengikut apa yang kita rancangkan? Atau kita jadi mengikut acuan ibubapa kita? Atau adakah terlalu banyak perkara-perkara yang tidak kita rancang telah mengambil tempat dalam sejarah hidup kita ini? Siapakah sebenarnya perancang utama dalam kehidupan kita sebenarnya. Marilah saudaraku.....kita fikir-fikirkan....walau siapapun kita hari ini...kemanakah kesudahannya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Assalamualaikum.........
Tertarik aku untuk menyelami lebih dalam lagi tentang apa yang diperbicarakan olehmu, maka.. sebagai manusia kita seharusnya sentiasa berfikir tentang alam ini. bagaimana?
'Alam ini penuh dengan kurniaanNya, dan orang-orang yang diberikan kurniaanNya. Manakala sebesar-besar nikmat Allah ialah : Apabila seseorang itu tunduk kepada dasar-dasar Tuhan dengan penuh yakin dan benar....'
Sekian, buat sementara...
Waalaikum salam...saudaraku...
Menjadi manusia yang benar-benar tunduk kepada dasar-dasar Allah dengan penuh yakin adalah ketaqwaan yang sejati dan menepati ciri-ciri perhambaan yang di tuntut agama.
Namun untuk melaksanakannya tidaklah semudah membicarakannya...perlu ada komitmen yang tinggi dan bersungguh-sungguh dalam mengenali diri dan pencipta dan sentiasalah berdoa agar Allah mengurniakan kepada kita rahmatNya...kerana sesungguhnya tidak bergerak walau sezarahpun jika tidak dengan izinNya. Jadikan Al-Quran sebagai pedoman....insyaAllah.
Catat Ulasan